Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari.
Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku mahu supaya isteri aku tahubetapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglahya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supayadia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat.
- Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.
- Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan.
- Pastu panaskan enjin kereta dan hantar anak-anak kesekolah.
- Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.
- kemudian kutip kain busuk untuk dicucisehingga selesai dan dijemur.
- Pastu baru mula memasak untuk lunch. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari.
- Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah.
- Selesai ambil anak, beri pula mereka makan pastu kemas rumah.
- kemudian angkat kain di jemuran, dilipat dan disusun dalam almari. Bergegas pula tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan solat Asar sebelum menyambung kerja yang belum siap.
- Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.
- Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur..dan macam-macam lg. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja selesai.
- Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dan langsung tertidur. Setelah terjaga sebelum dinihari,
Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu
dapat menjadi suami kembali...."
Whatttt???... 9 bulan 10 hari??? .....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,
tak nak, tak naaaaaaakkkk.....!!!
"Bang, bang..... apasal niii.....??"
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???
"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang
yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya
membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis
Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........
Moral Value : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah
anugerah Tuhan yang tidak ternilai..
so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda..
Sila jawab soalan dibawah.
1) Apakah tajuk yang sesuai untuk entri di atas.
2) Sila berikan moral values yang anda dapat daripada entri di atas.Ayat hendaklah dibuat mengikut kekreatifan sendiri.